13 perkara yang anda perlu tahu tentang Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek, PENJANA

Menteri Kewangan Malaysia, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah melancarkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang dipanggil Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang tertumpu kepada tiga matlamat utama.

Semenjak penularan wabak pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan secara berperingkat bermula 18 Mac 2020, wujud cabaran baharu kepada kegiatan ekonomi semasa. Merujuk kenyataan rasmi Pensyarah Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Mohd Yusof Saari kepada media tempatan, beliau menyatakan bahawa telah wujud sindrom ‘ekono-virus’ yang membawa maksud keresahan di kalangan sektor perniagaan dan ekonomi apabila sistem operasi sedia ada terhenti impak dari penularan virus COVID-19 dan PKP. Ketidaktentuan pasaran ekonomi semasa turut mencetuskan keresahan apabila kajian yang dilakukan oleh The Nielsen Company mendapati bahawa hampir 40% pekerja melaporkan pengurangan pendapatan di sepanjang tempoh PKP.

Timbalan Pengarah Eksekutif, Pusat Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohd Azlan Shah Zaidi turut mencadangkan agar pemulihan ekonomi perlu dilakukan segera agar kesan buruk akibat pelaksanaan PKP dapat diminimumkan. Ini kerana, hasil pemerhatian umum beliau yang dikongsikan kepada media tempatan mendapati bahawa di sepanjang tempoh PKP, pengeluaran barang dan perkhidmatan bagi sektor ekonomi telah terjejas serta memberi impak negatif terhadap rantaian barang dan perkhidmatan tempatan.

Demi memastikan kelangsungan ekonomi negara, Menteri Kewangan Malaysia, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah pun melancarkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun 2020 bagi menyeimbangkan kesan COVID-19 dan PKP terhadap sektor ekonomi tempatan. Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek ini merupakan Fasa -4 daripada enam fasa, “6R”.  Dengan tema “Bersama Menjana Ekonomi”, berikut adalah tiga teras penting berkaitan dengan PENJANA.

Pengenalan konsep “6R”

Menteri Kewangan Malaysia, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah melancarkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang dipanggil Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang tertumpu kepada tiga matlamat utama.Perkara-yang-anda-perlu-tahu-tentang-Pelan-Pemulihan-Ekonomi-ERP-Jangka-Pendek

© Chayuti Siritan/ 123RF

Semenjak penularan wabak pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan secara berperingkat bermula 18 Mac 2020, wujud cabaran baharu kepada kegiatan ekonomi semasa. Merujuk kenyataan rasmi Pensyarah Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Mohd Yusof Saari kepada media tempatan, beliau menyatakan bahawa telah wujud sindrom ‘ekono-virus’ yang membawa maksud keresahan di kalangan sektor perniagaan dan ekonomi apabila sistem operasi sedia ada terhenti impak dari penularan virus COVID-19 dan PKP. Ketidaktentuan pasaran ekonomi semasa turut mencetuskan keresahan apabila kajian yang dilakukan oleh The Nielsen Company mendapati bahawa hampir 40% pekerja melaporkan pengurangan pendapatan di sepanjang tempoh PKP.

Timbalan Pengarah Eksekutif, Pusat Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohd Azlan Shah Zaidi turut mencadangkan agar pemulihan ekonomi perlu dilakukan segera agar kesan buruk akibat pelaksanaan PKP dapat diminimumkan. Ini kerana, hasil pemerhatian umum beliau yang dikongsikan kepada media tempatan mendapati bahawa di sepanjang tempoh PKP, pengeluaran barang dan perkhidmatan bagi sektor ekonomi telah terjejas serta memberi impak negatif terhadap rantaian barang dan perkhidmatan tempatan.

Demi memastikan kelangsungan ekonomi negara, Menteri Kewangan Malaysia, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah pun melancarkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun 2020 bagi menyeimbangkan kesan COVID-19 dan PKP terhadap sektor ekonomi tempatan. Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek ini merupakan Fasa -4 daripada enam fasa, “6R”.  Dengan tema “Bersama Menjana Ekonomi”, berikut adalah tiga teras penting berkaitan dengan PENJANA.

Pengenalan konsep “6R”

pelan-pemulihan-ekonomi-jangka-pendek-6R

© Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).

1. Ketegasan (Resolve)

Ketegasan dalam mengawal COVID-19 dengan melaksanakan PKP.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan PKP secara berperingkat demi mengawal penularan wabak COVID-19. Walaupun mendapat pelbagai kritikan, langkah proaktif yang telah diambil oleh pihak kerajaan telah mendapat pujian dari Pakar Perubatan dan Kesihatan Awam, Yale University, Profesor Dr Rick Altice bahawa langkah pencegahan yang dilaksanakan Malaysia dibuat pada masa yang tepat dan sangat pantas.

Di samping itu , Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham telah diiktiraf di antara 3 doktor terbaik dunia dalam menangani wabak COVID-19 oleh Global TV Network. Ini membuktikan bahawa PKP yang dilaksanakan merupakan langkah wajar dan berkesan kerana kita turut berjaya mengurangkan trend jangkitan dan penularan berdasarkan data semasa.

Ketahanan melalui Pakej PRIHATIN untuk meningkatkan kemampuan rakyat dan ekonomi.

YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion yang bertujuan untuk memperkasakan pertumbuhan ekonomi semasa bagi menangani kesan COVID-19 kepada ekonomi negara.

Daripada jumlah yang telah diumumkan, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion disalurkan untuk menyokong perniagaan, termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.

. Menjana semula (Restart)

Menjana semula ekonomi secara teratur dan terkawal.

Menjana semula melalui langkah ini kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah membenarkan beberapa sektor utama ekonomi negara beroperasi pada kapasiti penuh dan tanpa sekatan masa mengikut keperluan industri masing-masing.

Kebenaran itu diputuskan melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC). Sektor-sektor ekonomi dan industri yang lain pula akan dibuka secara berperingkat. Ini untuk memastikan agenda pembangunan negara dapat diteruskan walaupun negara sedang berdepan cabaran ekonomi global yang tidak menentu.

4. Melaksanakan strategi pemulihan ekonomi (Recovery)

Sekarang ini, kita berada di peringkat Recovery. Di antara langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk memulihkan kesan COVID-19 dan PKP terhadap ekonomi negara ialah dengan pelaksanaan Program Pengekalan Pekerja (ERP), Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP), Dana Pinjaman Mudah PKS, Geran Khas Prihatin (GKP) untuk PKS Mikro, Skim Kredit Mikro, dan Subsidi Upah. Dengan kemudahan sedia ada, ini secara tidak langsung dapat membantu memulihkan pertumbuhan ekonomi jangka pendek bagi sektor-sektor yang terjejas.

5. Memperkasa (Revitalize)

Memperkasa ekonomi secara menyeluruh.

Kerajaan akan memastikan pelan pembangunan ekonomi yang dirancang adalah secara holistik dan saksama. Di antara inisiatif yang telah diambil oleh pihak kerajaan ialah dengan memperkenalkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diberi secara berperingkat, kemudahan i-Lestari KWSP, dan beberapa bantuan secara one-off.

Pelan penstrukturan semula dan pemulihan perlu diberi tumpuan kepada sektor ekonomi yang terjejas serta membantu meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Selain itu juga, tumpuan khsusus turut diberikan kepada golongan wanita dan belia, golongan kelainan upaya serta golongan B40 dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.

BACA: Apa itu cukai bagi pendapatan sewa rumah dan cara pengiraannya?

6. Menyusun semula (Reform)

Menyusun semula struktur ekonomi untuk kita melangkah ke era norma baharu atau ‘new normal’.

Kerajaan akan menyusun semula struktur dan kegiatan ekonomi mengikut norma baharu demi memastikan pertumbuhan ekonomi mapan dan terus berdaya saing. Merujuk kepada data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, sehingga 17 Mei 2020, terdapat lebih kurang 10.25 juta atau 67.2% pekerja atau hampir 70% pekerja telah mula bekerja semula bagi memastikan ekonomi kembali pulih menjelang 2021.

Sektor-sektor lain juga akan mula beroperasi secara berperingkat. Kerajaan juga dengan kerjasama majikan tempatan akan mengenalpasti beberapa sektor ekonomi terpilih yang akan terus menawarkan alternatif Work from Home (WFH) kepada pekerja mereka.

7. Memperkasakan rakyat (Empower people)

Dengan pengenalan pelbagai pakej rangsangan sedia ada, kerajaan akan memastikan bahawa kuasa beli dan simpanan rakyat dapat ditingkatkan serta menggalakkan perbelanjaan domestik. Kerajaan juga akan cuba memastikan tahap pengangguran dan inflasi negara terkawal.

8. Melonjakkan perniagaan (Propel businesses)

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan agar sektor perniagaan tempatan terus kekal relevan. Merujuk kenyataan Lim Boon Ping, Presiden Malaysia Institut of Estate Agents (MIEA), harga hartanah dijangka menurun sebanyak 20% dalam beberapa bulan akan datang impak daripada wabak COVID-19.

Harga hartanah menurun ini akan menjadi pendorong para pelabur atau pembeli rumah pertama untuk membeli rumah sejurus selepas PKP ataupun wabak COVID-19 beransur pulih. Peluang ini secara tidak langsung melonjakkan perniagaan hartanah tempatan.

9. Merangsangkan ekonomi (Stimulate the economy)

Agenda pembangunan ekonomi negara akan terus diperkasakan dan kebergantungan kepada sumber sedia akan dikurangkan. Kerajaan juga akan memastikan hasil kerajaan dapat ditingkatkan melalui mekanisma yang pelbagai. Disamping itu juga, platform e-dagang dan perniagaan digital akan turut diberi tumpuan khusus kerana mempunyai potensi yang besar dan meluas.

10. Tangkas dan dinamik

Pelan yang dilaksanakan mesti mampu ditambahbaik, diteliti dan dinilai secara berterusan, mengikut keperluan semasa dan berdasarkan situasi yang tidak menentu, di sepanjang tahun 2020.

11. Kerjasama utama sektor awam dan swasta

Pelan ini akan merangkumi pelbagai langkah dengan kerjasama di antara sektor awam dan swasta. Sinergi ini secara tidak langsung menjadi lebih dinamik dan harmoni.

12. Capaian komunikasi menyeluruh dan meluas

Rakyat serta sektor perniagaan di Malaysia haruslah yakin dengan pelaksanaan Pelan ini agar kesemua pihak dapat memainkan peranan masing-masing secara efektif bagi menjana semula ekonomi Malaysia. Kerajaan juga akan memastikan usaha komunikasi akan dilakukan secara berterusan. Ketelusan dan keterbukaan adalah intipati penting dalam menjayakan inisiatif ini.

13. Pelaksanaan pelan pendekatan berdasarkan data

Data terkini akan dikongsi bersama dengan sektor kerajaan dan swasta, serta agensi-agensi pelaksana bagi proses tambah baik secara berterusan. Langkah ini bertujuan agar setiap pencapaian dapat dipantau dan diperhalusi dengan cepat dan tepat.

Melalui laporan kenyataan rasmi kepada media tempatan, Tengku Zafrul juga positif bahawa kesan wabak COVID-19 dijangka tidak akan memberi kesan yang terlalu serius dan seterusnya merencatkan pelan ekonomi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Ini kerana beliau percaya bahawa RMK-12 merupakan rancangan ekonomi jangka panjang yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun (2021-2025). Justeru, beliau yakin COVID-19 tidak akan menjejaskan RMK-12 dan agenda ekonomi sedia ada yang telah dirancang akan dapat diteruskan. Menurut beliau lagi, unjuran pertumbuhan ekonomi sebenar bergantung kepada pelbagai faktor.

Namun, faktor utama yang perlu diberi perhatian ialah kebolehan untuk membendung penularan wabak COVID-19 dan menjamin kesihatan rakyat. Justeru, kesemua pihak perlu memberikan kerjasama yang sebaiknya bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19 agar kita dapat bangkit bersama memperkasakan agenda ekonomi negara.

Kredit : Iproperty.com.my