PERSEPSI VS REALITI DALAM HARTANAH

Assalamualaikum Tolong baca sampai habis kalau tak nak mati sia sia amal ibadat di dunia.

Dalam ilmu kewangan dan Hartanah ramai yang menggunakan PERSEPSI ( Anggapan disebabkan dengar dengar dari org lain) berbanding REALITI ( Perkara sebenar mengikut situasi.

ANTARANYA IALAH

●1● BILA MATI RUMAH DAPAT FREE

Ini memang terlalu ramai. Baru2 ini pun bila KLS buat kelas Apps Forensik masih ramai yang tiada polisi MRTT rumah. Yang mereka ada hanya Offer Letter bank yang menunjukkan ada termasuk MRTT.

Malangnya : Dari 10 org nak jumpa 1 org yang betul2 baca dan faham polisi MRTT sangat susah.

Dan terbukti bila betul2 check ramai yang ada pinjaman rumah dengan MRTT 5 tahun, 10 tahun 18 tahun 20 tahun sedangkan loan 35 tahun. Ada yang cover sampai 35 tahun tetapi jumlah yang di cover hanya separuh loan.

Ini persepsi yang sangat bahaya kerana sang suami dah cakap kepada isteri saya mati awak dapat rumah ni free ( sebab bank cakap).

●2● BILA MATI MRTT AUTO COVER TAK PERLU BAYAR DAH

Ini sangat BAHAYA.

Bank tahu ke si peminjam mati?
Jika bagitahu bank dah mati adakah bank terus jawab “oh ok nt saya settlekan hutang rumah”.
No No No

Bank perlukan dokumen iaitu surat pentadbir ataupun sijil faraid. Nak dapatkan document ni sahaja pun dah makan masa. Lepas tu kne submit kat bank. Bank akan proses dan berhubung dengan pihak MRTT.
Ding dong ding dong kalau memang la nasib sangat2 baik semua smooth minimum 3 bulan juga baru lulus. Belum lagi ding dong ding dong ke bank semula utk proceed langsaikan hutang.
Pengalaman saya paling cepat 7 bulan mungkin ada org pernah tolong uruskan MRTT ahli keluarga boleh komen. Itu pun sebab selalu follow up. Bayangkan kalau isteri yg ditinggalkan banyak benda tak tahu dah la dalam bersedih lagi belum cerita yang berebut harta.
Sepanjang proses nak claim mrtt tu installment bank tetap kena bayar ok bukan free lagi.

Sebab tu penting kalau ada hutang kena ada life protection sekurang kurangnya waris boleh guna duit itu dulu utk bayar installment rumah. Life protection insya Allah ambil masa kurang dari 3 bulan dari tarikh claim. Kne cepat2 bagitahu agen la dia akan bantu urusan claim.

●3● ANGGAP RUMAH JADI HAK MILIK ISTERI SEDANGKAN TIADA AKAD UTK HIBAH PADA ISTERI

Ini biasalah utk rakyat yang kurang ilmu perwarisan dan kewangan sebab setiap harta si mati ni masih tertakluk kepada Faraid.

EH AKU YANG BAYAR RUMAH NI LA MESTI LA AKU PUNYA.

ada juga isteri yang byr rumah tp rumah nama suami. Ini lagi parak. Ada cara tapi tak sesenang tu. Hak tetap hak.

Ok dapat sesuatu. Si pemiutang sesungguhnya plan la hutang anda. Mati menyusahkan waris ni berat azabnya. Life protection bukan mahal pun kenapa nak kedekut utk diri sendiri padahal ini lah yg dibawa ke akhirat nanti.

KLS bebel kan?
Siapa dapat manfaat?