Salah Siapa Rumah Masih Ada Tunggakan Hutang

Salah siapa jika rumah yang baru dibeli (subsales case) masih ada tunggakan hutang yang lama, sama ada hutang dari JMB atau pun hutang bil bil electrik, air, indah water, cukai pintu/tanah?

Hari ini seharian KLS berborak dengan lawyer mengenai kes ini. Tiba tiba ada kawan KLS pula msg tanya soalan yang sama.

Banyak sebab kenapa berlaku perkara ini. KLS share 5 sebab ye jika ada lagi boleh komen.

1. Tidak berbincang dengan lebih details perkara perkara berkaitan dengan kos sebelum sign dokumen sales and purchase.

2. JMB bertukar tukar dan tidak dapat keluarkan statement dengan tepat.

3.Tidak ada ilmu dalam undang undang. Ilmu yang KLS maksudkan adalah ilmu hak kita sebagai pembeli. Lawyer yang kita lantik mungkin bukan lawyer yang kita kenal jadi ada kemungkinan lawyer ini tidak betul betul deliver tugas dia iaitu memastikan semua bill di bayar sebelum semua duit jualbeli diberi kepada owner. Dah byk kes KLS dengar. Sepatutnya sebelum sign dokumen penyerahan dengan lawyer make sure semua bill2 dah updated dan resit tally. Make sure owner lama dah cut electric dan air supaya tiada issue electric dicuri ke apa ke.

4. Kebodohan diri sendiri. Tak sabar sangat nak masuk rumah, minta kunci awal dan tiada perjanjian hitam putih. Owner yg licik akan bijak memperdayakan bil2 yg tertunggak sebagai tanggungjawab kita. Jadi, bincang dengan detail apa terms and conditions jika nak ambil kunci awal ye.

5. Pemalas. Semua benda ambil mudah dan drag masa untuk buat. Kes macam ni pun ramai. Contoh:
Sepatutnya bila lawyer cakap nak disbursed duit pada owner, call terus JMB, TNB, Indah Water, dll berkait untuk check sendiri status bayaran terkini. Selalunya pembeli sangat bergantung pada lawyer dan tidak bertanya atau cari ilmu apa yang patut dibuat sebelum dapat kunci jika beli hartanah second hand ( subsales).

Apa apa pun, mesti cari ilmu dahulu. Jangan gaduh nak salahkan orang lain jika diri sendiri tak rasa pun penting cari ilmu dan bertanya.

KLS akan share lagi tajuk: Jenis Hartanah apa yang patut dielak.

So nantikan posting KLS ye
Share jika bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.