UBAH KEWANGAN TAHUN 2020

UBAH KEWANGAN TAHUN 2020

5 TIPS TAHAP DEWA KALAU NAK UBAH KEEWANGAN TAHUN 2020

#1 TAHU DUIT MASUK DAN KELUAR

Ini masalah paling besar. Ramai tahu duit masuk tetapi sangat sedikit yang tahu berapa duit keluar…tahu tahu duit dah habis kan?
Start rekod duit keluar TERUTAMA SEKALI duit keluar yang bukan konsistent tiap2 bulan seperti makan, barang runcit, bayar service dan apa la yang guna duit, credit card, transfer online dan apa apa e wallet la.

Bila korang dah tahu duit banyak keluar kat mana, korang bolehlah mula kawal supaya tak overspend.

# KLS pakai Andromoney apps untuk rekod.PM KLS kalau nak KLS ajar.

#2 SIMPAN DULU BARU GUNA

Kalau tahun lepas mana yang lebih je simpan, tu pun kalau ada lebih. Kan?
Jika kita belum mula menyimpan, tahun 2020 ni kita mulakan menyimpan. Dapat gaji simpan dulu 5% to 10% minimum dari gaji bersih. Bila dapat bonus, simpan. Kalau 2020 ni kita naik gaji, simpan yg kenaikkan tu, anggap gaji tak naik.
Kat mana nak simpan? Korang boleh simpan dekat Tabung Haji, ASB, Stok, UT yang boleh generate dividen dan beranakkan duit.
Yang penting korang simpan kat akaun yang susah untuk dikeluarkan. Simpan dan lupakan. Guna simpanan untuk generate duit lagi bukan untuk digunakan. Jangan pula korang pergi guna untuk perkara yang tak sepatutnya. Makin takde lah simpanan korang nanti.

#3 RANCANG BELI RUMAH UTK PELABURAN

Jangan takut beli rumah utk pelaburan. Boleh mulakan dengan mencari ilmu tentang hartanah dulu. Jangan ikut ikut tanpa ilmu di dada. Jika dah pergi mcm2 kelas tapi tak berani dan tak reti juga, cari yang pakar untuk bantu.
Anak muda bijak kewangan kena sentiasa up-to-date dengan maklumat terkini.
Nak beli rumah ratus ribu kot tak kan nak pergi kelas yang ribu-ribu atau ratus2 tak sanggup. Sekali tersilap seumur hidup merana.
Silap silap hari bulan habis MELEBUR.

#4 BUAT HUTANG BAYAR LAH

Kita tak boleh lari dari berhutang. Jadi, senaraikan segala hutang yang korang ada dan check balik korang bayar balik on time tak. Kalau ada hutang dengan bank, jangan la bayar sedap hati korang je. Rabak rekod CCRIS nanti kang nak apply loan susah nak lepas pula.
Kalau hutang dengan orang, pastikan kita bayar. Jangan lari dari bayar hutang.
Umpama kalau orang hutang dengan korang lah lepas tu org tak bayar, apa ko rasa?

Rugi hidup bila buat kehidupan org lain sengsara, balasannya amatlah berat. Duit dapat banyak pun bocor entah ke mana.

#5 SENTIASA UPGRADE ILMU DAN MINDA TENTANG KEWANGAN DAN PELABURAN

Ilmu tentang kewangan dan pelaburan sangat luas. Makin banyak korang belajar, makin banyak benda baru yang korang akan jumpa.

“Boleh tak belajar dalam media sosial je tengok youtube baca kat FB, buku, ebook, blog, website”?

Jawapan KLS, boleh jika semangat ko tahap dewa belajar sorang2 buat sorang2.
Cuma KLS nak pesan, ilmu lebih mudah jika ada mentor dan circle. Jangan buang MASA kerana MASA lebih mahal dari wang ringgit.

Janji korang upgrade ilmu ye.

Nak berubah kena mula dengan minda yang luas dan positif. Jika positif yang kita input maka positif la output nya.

2020 ni kita target untuk jadi lebih baik dari segala segi. Hanya kita yang mampu ubah diri sendiri. Yang tukang laksanakan adalah korang sendiri.
Semoga 2020 ini adalah tahun terbaik bagi kita semua.

ANDA KAYA DAN BERJAYA
Amin…