UNDERINSURED PERLINDUNGAN TAKAFUL RUMAH

UNDERINSURED PERLINDUNGAN TAKAFUL RUMAH

LAGI KISAH BENAR UNDERINSURED PERLINDUNGAN TAKAFUL RUMAH. AWAS! POSTING INI PANJANG

Hamba Allah, lelaki, berumur 45 tahun mohon KLS sediakan quotation life protection 1 juta baru-baru ini.

“Banyak tu Encik, dan bayaran bulanannya pasti tinggi kerana banyak faktor, spt umur, kesihatan dsbnya”.

“Saya telah beli 3 rumah biji rumah 5 tahun lalu dan harga tiga biji mencecah RM1juta. Saya ambil 5 tahun MRTT sahaja dengan niat asal nak flip rumah tu sebelum habis MRTT “

“Kenapa sekarang Encik nak beli “life protection”? KLS tanya.

“Sekarang saya sudah mendapat darah tinggi dan balance loan saya seperti tidak berganjak dan protection rumah dah habis.”

“…dan saya tidak mahu meninggalkan hutang kepada waris…”

Walaupun selepas KLS terangkan bahawa :
1. syarikat takaful atau bukan ada sistemnya sendiri mengendali risiko.

2. Mereka ada proses untuk mengambil risiko. Sebab jika ambil perlindungan dari muda, contohnya umur 30tahun, bayaran mungkin 300++ jika bebas dari penyakit dsbnya. Begitulah sebaliknya, jika umur sudah meningkat dan risiko ada penyakit.

Dia menangis. KLS biarkan dia menangis sehingga menyambung semula perbualan.

“Saya menyesal. Mana saya tahu akan banyak hutang macam ini dan akan dapat penyakit pula”.

Untuk bajet RM200 sebulan untuk mendapatkan protection 1 juta memang susah Encik. Samada Syarikat Takaful akan loading (bayaran tambahan) atau declined sahaja. Memang itulah konsep dan prosesnya.

KLS hanya nampak PA (personal accident) dan stand alone protection sahaja. yang makin lama makin mahal. Stand alone protection ini ok, cuma kena bayar syaratnya betul2.

Akhirnya dia pilih utk fikir dulu dan cari lg dari lain2 company. Insya Allah ada je mcm2 product diluar yang boleh diambil, cuma perlu study sedikit produk dan tanya agen soalan yang tepat sehingga kita puashati.

Sebagai pengajaran, Bila umur dah tua dan sakit, caruman agak tinggi lebih2 lagi jika sudah ada risiko lain.

Walaupun kita tidak merancang masa muda utk buat hutang, life protection tetap wajib kena ambil utk zaman sekarang mungkin jumlah yg mampu dahulu. Jika bukan utk hutang ia juga utk pengantian pendapatan.

Pesan KLS :
1. Jika anda ada keinginan untuk beli rumah walau sebiji, itu sudah perancangan hutang. Wajib plan utk protect diri.

2. MRTT(Takaful)atau MRTA (Konvensional) bukan cover diri tetapi cover loan bank, itupun belum tentu cover penuh sebab 10 tahun pertama kita masih bayar interest yg tinggi jadi hutang pokok sedikit shj yg luak.

3. Sedangkan MRTT atau MRTA menurun ikut umur. Lagi pendek kita ambil MRTT lg cpt coverage menurun, berkadaran dengan penurunan loan kita.

Belum faham? KLS beri free Consultation utk pemilihan protection yg betul.

Jgn terjerat dan tersalah pilih perlindungan. Murah tidak semestinya tepat. Share jika bermanfaat.